Tuesday, September 13, 2011

Kebelakangan ini,

aku kerap rasa; mata aku semak pada sesetengah makhluk ni.

Aku harap bila mereka;dia;sesiapa yang begini bila mereka berbicara.
Ada cermin di depan mereka.
Biarlah nak kontrol cun ke apa.
Asalkan, nampak gerak geri sendiri.

Aku bukan tak suka, tak.
Aku cuma semak,
orang boleh kata.

"Kalau tak suka jangan tengok ai la"

Wtf you.

Kalau dah kamu;dia;beliau;anda;kalian ni lalu-lalang depan pandangan mata aku.
Kau nak aku pejam mata??

Kita semua,

lain.

Aku perlukan sesuatu yang boleh jadi tulang belakang aku.

Pastinya, semua perlu tulang belakang.
Jika tidak, terkulai;layu.

Sama ada aku buta atau aku dibutakan,
aku tak nampak jalan pulang.
Macam biasa,
tukar niat.
Nanti aku jumpa jalan mati; aku belok kanan atau kiri.

Nanti jumpa highway, to somewhere.
Aku okay.

Saturday, September 10, 2011

Mizz Nina dan lagunya..

baru tengok video dia.

Serius cakap. Aku malu.
Malu pada orang yang komen disitu.
Orang luar negara boleh kata Shut Up Malaysian.
Hmm.

Orang Malaysia memang macam ni ye? Suka pertikaikan keburukan je. Tak mahu pandang kebaikan.

At least dia dah masuk international.
Dia bawak diri dia lagi jauh bertapak-tapak.


I loike Mizz Nina.

Aku rasa Facebook tu,

macam tempat kau nak berlagak.

Kadang-kadang dah macam pakcik makcik upadate bawak anak pergi sini sana. Penuh dengan status putus cinta. Lepas tu, kau cakap sakit nak mati dah.. Then like status sendiri.

Upload gambar. Video semata-mata untuk cakap, hai. Atau pun benda yang buat korang cakap 'ini pun kau nak cerita?'

Aku tak kutuk. Tak, tak. Aku cuma nak cakap.
Harap-harap kau tengok benda ni macam kau tengok cermin sambil belek-belek muka kau. Macam biasa.

Kau tak rasa....macam membogelkan diri kau ke. Sebab aku rasalah, macam kau buka satu demi satu helai baju ibaratkan buat tiger show depan peminat.

Ya betul, peminat.
Kau semua kan artis. Ramai orang stalk.

Bila orang kenakan kau balik, kau marah.
Kenapa? Bukan ke itu berpunca dari kau.

Tanpa angin, pokok tak bergoyang.
Ada ke pokok bergoyang tanpa angin?
Itu maknanya ada penunggu bai.

Ini zaman sains dan teknologi, kalau kau cakap. Orang tak boleh copy tiap inci cara kau. Bodohlah.

Nothing is original.
Unless, kau buat copyright yang official. Itu aku terima lagi.
Tak pun, blog kau tu mempaparkan sesuatu yang luar dari kotak atau logik akal manusia.
Sesuatu yang berguna, dalam erti kata lain; bukan entri sampah.

Okay, tiap orang lain lain. Ya-ya aku dengar. Aku tahu tiap orang lain.

Friday, September 2, 2011

Lunch bersama husband orang,

itu pelik ke? Maksud aku.benda yang salah.

Kadang-kadang aku tengok, mentaliti separuh orang suka menidakkan atau lebih sedap didengar; suka-suka je cakap itu ini tak boleh tanpa berfikir.

Yelah, salah ke lunch dengan suami orang.
Makan je. Bukannya 'makan; suami orang tu. Kan?

Kebanyakan kawan-kawan aku akan pandang serong bila terjumpa situasi dimana.

*Awek, keluar dengan lelaki yang lebih tua(suami orang)*

Bagi aku benda biasa, common. Kita sekarang pada zaman 2011 doh.
Whats wrong with you guys.

Okay itu bagi aku.

Kalau dah orang tu luang lebih banyak masa dengan suami dari isteri orang tu sendiri.
Macam mana?

Macam mana?????????

Wednesday, August 31, 2011

Kasut tumit tinggi,

aku rasa pelik sikit sebab..


hari tu aku pergi beli kasut, biasalah nak raya. Tipikal.
Dalam aku tengah raba-raba Marie Claire,
ada satu awek ni berdiri sebelah tengok kasut ladies yg ada tumit sikit je.


Lepas tu dia try, okaylah theres no big deal. Kedai kasut pun.
Bila dia tunjuk dekat mak dia, aku dengar.
Eh tingginya. Lepas tu cepat-cepat dia letak balik.


Benda ni buat aku fikir sampai aku pergi bayar wedges 5inci aku tadi tu.
Tak, aku bukan nak kritik.
Aku cuma nak tahu, 
apa-yang-berada-dalam-fikiran-orangramai-bila fasal-kasut-tumit-tinggi.


Ada separuh awek tak suka high heels, sebab malu.
Ada yang dah set awal-awal tumit tinggi ni tak sesuai gila untuk dia.
Tapi aku rasa, benda tu common la.
Perempuan dan benda yang mereka suka.


Oh, boleh jawabkan persoalan aku tak???







Tuesday, August 30, 2011

Happy Eid

Pagi raya aku mula dengan bosannya. Seperti hari-hari biasa. Mandi dan segalannya.

Lepas tu aku fikir, kalau kita ingat orang. Orang ingat kita balik tak?
Atau, bila kita fikirkan orang, orang tu fikir kita tak.

Aku wish sesuatu tadi.
Everywhere on earth, as long im in Kl. I wish i could see him.
And yes, papp! Depan-depan. Secara kebetulan.
Yang memisahkan aku dengan dia, cermin.
Tapi mana senyum dia.
Dia macam; masam.

Ini ke keajaiban raya.

Esok nak cuba lagi.